Rabu, 30 Mei 2012

Ceramah kaum bapa dan anak lelaki


Sebuah ceramah tentang anak lelaki dan bapa telah di jalankan di sebuah dewan perumahan.
Penceramah: Siapa di sini yang pernah merokok?

Majoriti ramai kaum bapa mengangkat tangan.

Penceramah: Turunkan tangan, dan siapa di sini cuba berhenti merokok?

Segelintir kaum bapa mengangkat tangan.

Penceramah: Hairan ya kenapa anak-anak kamu semua diam sahaja. Mereka tak pernah merokok?

Semua kaum bapa memandang tajam kepada anak-anak mereka.

LELAKI HANDSOME VS LELAKI TAK HANDSOME

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam
pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg
diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero
filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang
diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan
tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok
saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus... penuh
kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus
menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya
tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya
ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang
begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to
cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan
ni?

heheheheh.....kah kah kah kah ......

Jumaat, 18 Mei 2012

he he he he.......!!!!

Ahad, 13 Mei 2012

Nak Cerita Pun Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.

Harga Sebentuk Cincin

Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...

Promoter tu tanya la "Boleh saya bantu?"

Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".

Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".

Jumaat, 4 Mei 2012

Kisah Malam


Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya. Maklumlah malam pertama…” bisik hati Ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, “Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?” “Dah, apa citer ni ?” tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. “Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur” bisik hatinya penuh understanding.

Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri “Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?” “kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !” Ramli bertekad. Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru’ “Lah..” keluh ayah Ramli, “aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?” Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet… (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih “about the birds & the bees”. “oh. cam tu.” sengih ramli, “baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!”

Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba… adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. “lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up” tertanya2 si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, “Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?” Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun… “Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?” pun..masih takde jawaban… Ramli mencuba lagi. “Juruterbang dah siap sedia… boleh pesawat turun mendarat ?” Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, “Maaf tuan… Landasannya baru saje banjir…!”