Jumaat, 21 September 2012

Seorang pengemis


Seorang lelaki.. badan gemuk.. muka ceria.. berpakaian koperat..berjalan keluar dari sebuah pejabat besar…
Di luar pejabatnya.. ada seorang pengemis.. agaknya sebaya dengan lelaki tadi..badan kurus kering.. muka comot.. pakaian compang camping dan penuhdebu…
Si pengemis terlihat si lelaki kaya tadi dan berkata..”Tuan kasihani lah saya.. sedekahkan wang 10 ringgit..”
Si lelaki berhenti.. dilihatnya pengemis dan bertanya
Lelaki : “kalau saya bagi RM 10.. adakah kamu akan minum arak?”
Pengemis : “Oh tidak tuan.. saya tidak suka minuman keras”
Lelaki : “Habis tu.. adakah kamu mahu buat berjudi?
Pengemis : “Tentu tidak tuan, saya tidak suka berjudi”
Lelaki : “Mungkin kamu akan bertukar2 perempuan?”
Pengemis : “Tidak, tidak. Seumur hidup saya.. tidak pernah saya main perempuan”
Lelaki kaya itu berfikir sementara lalu berkata lagi
Lelaki : “Begini ajalah.. kamu ikut saya balik.. saya kenalkan dengan isteri saya..setelah itu saya akan kasi RM 10 pada kamu..”
pengemis : “Buat apa tuan?”
Lelaki : “Saya mau isteri saya lihat bagaimana kalau seorang lelaki tidak suka minum arak..tidak suka berjudi.. dan tidak suka main perempuan.. hasilnya adalah seperti kamu ini”

Isnin, 10 September 2012

Kek Hari jadi...

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. 'Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,encik?' tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
'Mmmm, tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah,'kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:
'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'

Anak siapa??

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert,
Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy :Ayah, Robert melamar saya.. Kami mahu berkahwin.
Ayah :Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy:Tapi mengapa?
Ayah :(Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu,suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy :Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin..
Ibu :(Separuh berbisik) Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy :Ha!!??!!