Rabu, 29 Februari 2012

Dukung le aku nie.......

link: http://bit.ly/x6wkbc


Ahad, 26 Februari 2012

camera terbesor.....pernah ku lihat

beforeOM funny camera

waoooooooo........besornye.

bolanyangsanggp4 home football

Khamis, 23 Februari 2012

Papa & Mama

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya: 
"Nenek, mana Papa dan Mama?" 
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab. 
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya: 

"Dimana Papa dan Mama?" 
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab. 
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya: 
"Di mana Papa dan Mama?" 
"Masih di dalam bilik" jawab nenek. 
Anak itu tertawa geli. 
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi. 
Si anak menjawab, 
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..." 

Perihal Ayam

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak). 
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua 
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini : 


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku. 


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja. 

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam. 

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer) 

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing, 

Si ayam jalak muda:Set 

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter. 

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan). 

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan. 
Kenapa????? 

[jawapan ada di bawah] 












Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU" 

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA... 

Selasa, 21 Februari 2012

Emotikon

Bermaksud ,simbol (atau gabungan simbol) yang digunakan untuk menyampaikan kandungan emosi dalam bentuk tulisan atau mesej.

Gaya Barat

Lazimnya, emotikon gaya Barat ditulis dari kiri ke kanan, iaitu arah yang dibaca dan ditulis dalam kebanyakan budaya Barat. Maka, anda akan sering melihat mata di kiri, diikuti hidng dan mulut. Untuk mengecamnya dengan lebih mudah, sengetkan kepala anda ke arah bahu kiri anda (atau, kadang-kadang, ke bahu kanan anda jika bahagian "atas" emotikon menghadap ke kanan).

Contoh am
Berikut adalah senarai emotikon yang paling kerap dijumpai. Seperti yang dipaparkan di sini, kesemua emotikon ini mengikut bentuk yang amat konsisten, tetapi setiap satunya boleh diubah dengan memusingnya, menggugurkan tanda sengkang, dan lain-lain (lihat Variasi di bawah). Senarai-senarai lebih koprehensif boleh ditemui di Pautan luar di bawah.
:-) atau :) : Senyum atau Gembira
:-( atau :( : Sedih
:-D atau :D : Senyum dengan mulut terbuka - sering menandakan gelak ketawa
:-p atau :p : Senyum dengan lidah terkeluar - menandakan ekspresi bergurau
:-S atau :S : Keliru
:-/ atau :/ atau :-\ atau :\ : Termangu-mangu

Gaya Asia Timur

Pengguna Internet Asia Timur mempopularkan satu gaya emotikon yang boleh difahami tanpa memusingkan kepala ke kiri.
Emotikon-emotikon ini biasanya dijumpai dalam forat yang serupa dengan (*_*), yang mana tanda asterisk menandakan mata; aksara tengah, biasanya garis bawah, dijadikan mulut; dan tanda kurungan dijadikan garis luaran muka. Berbagai-bagai aksara boleh digunakan untuk menandakan mata, yang lazimnya dijadikan aspek terpenting dalam emotikon (berbanding dengan emotikon Barat yang menggunakan mulut). Penekanan pada mata dicerminkan dalam penggunaan am emotikon-emotikon yang menggunakan mata sahaja, cth. ^^. Aksara seperti tanda sengkang atau noktah boleh menggantikan tanda garis bawah; tanda noktah sering digunakan untuk mulut yang lebih kecil dan "comel" atau dijadikan hidung, cth.(^.^). Selain itu, mulut/hidung boleh digugurkan, cth. (^^). Tanda kurungan juga boleh diubah bentuknya, cth. {^_^}; atau digugurkan sama sekali, cth. ^^ atau o_O atau <.<. Tanda petikan ("), koma atas ('), atau koma bertindik (;) doleh dibubuh pada emotikon utnuk memaksudkan kebimbangan atau rasa malu, dalam cara yang sama seperti titisan peluhdalam anime.kadang-kala emotikon (^^) menimbulkan kemusykilan - ada yang mentafsirkannya sebagai bulu kening. Kebanyakan aksara lain boleh dibubuh untuk menandakan lengan atau tangan, cth. <(^_^)> atau ⊂( ゚ ゚)⊃ atau <(--<).

Budaya Lepak


Merupakan suatu amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi, biasanya oleh golongan remaja. Mereka memerhati orang ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-kadang sambil bermain lagu atau menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik gadis-gadis yang lalu dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu. Apa yang di gelak ketawakan. Boleh kita tahu ceritanya dan gelak bersama-sama.
Nota : Budaya lepak juga sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah.

Punca wujudnya budaya lepak

  • Sikap ibu bapa
Ada ibu bapa yang terlalu mengharap anak-anak dididik sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah dan tidak mengambil perhatian yang berat dalam pendidikan anak-anak.
  • Keadaan di rumah
Sikap ibu bapa yang mementingkan diri sendiri, sering bertengkar, dan berselisih faham menimbulkan ketakutan dan kebosanan di kalangan anak-anak.
  • Pengaruh rakan sebaya
Remaja mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru.
  • Pengaruh media massa dan eletronik
Rancangan-rancangan televisyen yang dihasilkan dari negara Barat sudah mendominasi hampir separuh daripada slot-slot rancangan televisyen yang disiarkan.