Gaya Barat
Lazimnya, emotikon gaya Barat ditulis dari kiri ke kanan, iaitu arah yang dibaca dan ditulis dalam kebanyakan budaya Barat. Maka, anda akan sering melihat mata di kiri, diikuti hidng dan mulut. Untuk mengecamnya dengan lebih mudah, sengetkan kepala anda ke arah bahu kiri anda (atau, kadang-kadang, ke bahu kanan anda jika bahagian "atas" emotikon menghadap ke kanan).
Contoh am
Berikut adalah senarai emotikon yang paling kerap dijumpai. Seperti yang dipaparkan di sini, kesemua emotikon ini mengikut bentuk yang amat konsisten, tetapi setiap satunya boleh diubah dengan memusingnya, menggugurkan tanda sengkang, dan lain-lain (lihat Variasi di bawah). Senarai-senarai lebih koprehensif boleh ditemui di Pautan luar di bawah.
- :-) atau :) : Senyum atau Gembira
- :-( atau :( : Sedih
- :-D atau :D : Senyum dengan mulut terbuka - sering menandakan gelak ketawa
- :-p atau :p : Senyum dengan lidah terkeluar - menandakan ekspresi bergurau
- :-S atau :S : Keliru
- :-/ atau :/ atau :-\ atau :\ : Termangu-mangu
Gaya Asia Timur
Pengguna Internet Asia Timur mempopularkan satu gaya emotikon yang boleh difahami tanpa memusingkan kepala ke kiri.Emotikon-emotikon ini biasanya dijumpai dalam forat yang serupa dengan (*_*), yang mana tanda asterisk menandakan mata; aksara tengah, biasanya garis bawah, dijadikan mulut; dan tanda kurungan dijadikan garis luaran muka. Berbagai-bagai aksara boleh digunakan untuk menandakan mata, yang lazimnya dijadikan aspek terpenting dalam emotikon (berbanding dengan emotikon Barat yang menggunakan mulut). Penekanan pada mata dicerminkan dalam penggunaan am emotikon-emotikon yang menggunakan mata sahaja, cth. ^^. Aksara seperti tanda sengkang atau noktah boleh menggantikan tanda garis bawah; tanda noktah sering digunakan untuk mulut yang lebih kecil dan "comel" atau dijadikan hidung, cth.(^.^). Selain itu, mulut/hidung boleh digugurkan, cth. (^^). Tanda kurungan juga boleh diubah bentuknya, cth. {^_^}; atau digugurkan sama sekali, cth. ^^ atau o_O atau <.<. Tanda petikan ("), koma atas ('), atau koma bertindik (;) doleh dibubuh pada emotikon utnuk memaksudkan kebimbangan atau rasa malu, dalam cara yang sama seperti titisan peluhdalam anime.kadang-kala emotikon (^^) menimbulkan kemusykilan - ada yang mentafsirkannya sebagai bulu kening. Kebanyakan aksara lain boleh dibubuh untuk menandakan lengan atau tangan, cth. <(^_^)> atau ⊂( ゚ ヮ゚)⊃ atau <(--<).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan